
Atas permintaan ramai, Kem ini telah kembali!
Terima kasih kerana berminat untuk menyertai Kem Intensif Memanah Berkuda Wanita Srikandi Queen Persona.
Program ini adalah anjuran eksklusif circle Queen Persona & dikhaskan untuk WANITA sahaja.
Syarat-syarat Penyertaan :
- Umur 18 - 49 tahun
- Maksimum berat 80kg
- Ada asas berkuda & memanah SANGAT DIGALAKKAN masuk. Jika TIADA ASAS PUN BOLEH masuk.
- Sihat (Tiada penyakit) , Aktif & Fit (ada stamina)
- Tahan Lasak
- Tidak Cerewet, Berdisiplin & Menepati Masa
INFO PROGRAM :
Tarikh (Boleh Pilih)
Batch 11 : 17-19 Jan 2025 (Check in 16 Jan 2025 - petang)
ATAU
Batch 12 : 14-16 Feb 2025 (Check in 13 Feb 2025 - petang)
Lokasi : Cape Cavallho, Rembau, Negeri Sembilan
Yuran : RM1899/pax
Pakej termasuk penginapan (berkongsi) , makan, tshirt Srikandi Queen Persona & sijil penyertaan
APA YANG BAKAL ANDA PELAJARI :
- Asas memanah tradisional
- Teknik memanah ‘fast shooting’
- Pengurusan kuda (horse management)
- Asas menunggang kuda (walk,trot,canter)
- Asas memanah berkuda / horseback archery dalam pace canter
ISTIMEWA!
- Gambar & video ketika memanah berkuda
- Outride dalam kawasan alam semulajadi
TERHAD UNTUK 7 PESERTA SAHAJA BAGI SETIAP BATCH
Penyertaan berdasarkan first comes, first served. Jom daftar sekarang!
Klik link ini untuk lihat video antara Kem kami yang lepas :
- https://www.tiktok.com/@azlia_idha/video/7158069108326567194?lang=en
- https://www.tiktok.com/@azlia_idha/video/7239196000903105793?lang=en
FAQ
1- Umur saya lebih dari 50 tahun. Bolehkah saya join program ini?
Berdasarkan pengalaman menganjurkan 10 batch kem, kami letak limit umur kerana mengambil kira faktor kapasiti dan keupayaan peserta yang berlainan peringkat umur dalam satu batch. Insyaallah yang berumur 50 tahun ke atas, kami akan anjurkan Kem Senior. Kalau ada yang berminat boleh maklumkan pada Admin 0192700604
2- Saya tidak mempunyai peralatan memanah berkuda. Adakah saya perlu beli atau semuanya disediakan?
Pihak kami hanya menyediakan helmet dan peralatan memanah sahaja. Seluar berkuda (riding pants) dan kasut adalah di bawah tanggungan peserta sendiri. Kami sangat menggalakkan peserta memakai kelengkapan pakaian dan kasut yang dikhaskan untuk menunggang kuda bagi memastikan hasil yang optimum dan keselesaan rider. Namun, ia adalah optional (tidak wajib). Untuk permulaan, pakaian dan kasut sukan sudah memadai.
3- Adakah saya boleh terus pandai memanah berkuda selepas menyertai program ini?
Semua peserta akan diajar teknik menunggang kuda dalam fasa kuda walk,trot (kuda berlari anak) dan canter (kuda berlari). Namun ianya bergantung kepada keupayaan rider kerana fasa pembelajaran setiap orang berbeza. Di hari akhir program, peserta akan berpeluang merasai pengalaman memanah kuda bukan terus pandai berkuda. Selepas tamat program, peserta boleh menyertai sesi belajar lanjutan secara personal bagi memantapkan skill menunggang sehingga benar-benar mahir.
4- Adakah yuran akan dipulangkan sekiranya saya membatalkan penyertaan?
Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan semula sekiranya peserta tidak dapat hadir pada sesi yang telah ditetapkan kecuali dapat mencari pengganti pada sesi tersebut. Namun peserta boleh menukar tarikh ke program seterusnya dan penukaran hanya boleh dibuat SEKALI sahaja. Sekiranya tidak dapat hadir juga, duit yuran dikira burn.
5- Boleh ke saya bayar yuran secara ansuran?
Boleh. Untuk ansuran, peserta boleh bayar deposit rm500 atau ke atas bagi booking tempat. Baki perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum program samada secara ansuran atau bayar sekaligus dalam tempoh masa tersebut. Duit booking tidak akan dipulangkan semula sekiranya peserta batal atau tarik diri, tetapi peserta boleh tukar dengan orang lain sebagai pengganti.
6. Boleh ke saya bawa anak sepanjang tempoh program ?
Kanak-kanak tidak dibenarkan berada sepanjang tempoh program.
7. Saya tiada asas berkuda dan memanah. Boleh ke saya sertai kem ini?
Boleh. Majoriti peserta kem adalah yang tiada asas berkuda dan memanah. Yang penting Puan seorang yang lasak, aktif (ada stamina) dan kuat semangat untuk mencuba. Adalah lebih baik sekiranya Puan mempersiapkan diri dahulu seperti cuba menunggang kuda dan meningkatkan stamina sebelum masuk kem bagi memudahkan proses pembelajaran.
Sila hubungi 0192700604 (Siti Admin QP) untuk sebarang pertanyaan berkaitan program.