
Terima kasih kerana berminat untuk menyertai Kem Asas Berkuda Srikandi Queen Persona 2 hari 2 malam
Program ini adalah anjuran eksklusif circle Queen Persona & dikhaskan untuk WANITA sahaja.
Syarat-syarat Penyertaan :
- Untuk NEWBIE sahaja (tiada asas berkuda)
- Umur 18 - 50 tahun
- Maksimum berat 90kg
- Sihat , Aktif & Fit
- Tahan Lasak
- Tidak Cerewet, Berdisiplin & Menepati Masa
INFO PROGRAM :
Tarikh : 19 - 20 JULAI 2025 (Check in 18 JULAI 2025)
Lokasi : Kesuma Stable, Semenyih, Selangor
Yuran : RM1299/pax
Pakej termasuk penginapan (berkongsi) , makan, baju Srikandi Berkuda & sijil penyertaan
APA YANG BAKAL ANDA PELAJARI :
- Mengenali anatomi kuda
- Memahami sifat dan body language kuda
- Mendalami hikmah sukan sunnah berkuda
- Mengenali peralatan pada kuda dan fungsinya
- Menguruskan kuda sebelum dan selepas menunggang (horse management)
- Mempelajari teknik menunggang kuda yang betul (walk,trot,canter* rujuk FAQ)
- ISTIMEWA! Semua peserta berpeluang outride di Bukit Kesuma (lokasi penggambaran filem Pendekar Awang) & PERCUMA 1 SESI KELAS PERSONAL RIDING
TERHAD UNTUK 6 PESERTA SAHAJA
Penyertaan berdasarkan first comes, first served. Jom daftar sekarang!
FAQ
1- Saya berumur 50an. Bolehkah saya join program ini?
Boleh sekiranya Puan seorang yang aktif beriadah dan tidak mempunyai sebarang penyakit yang serius. Mohon maklumkan kepada Admin sekiranya Puan pernah mengalami kemalangan dan memberi kesan kepada anggota badan (contohnya sakit lutut tak boleh berjalan lama). Kami akan rujuk dahulu kepada pihak Coach samada Puan layak atau tidak menyertai program ini.
2- Saya tidak mempunyai peralatan berkuda. Adakah saya perlu beli atau semuanya disediakan?
Pihak kami hanya menyediakan helmet sahaja. Seluar berkuda (riding pants) , kasut dan sarung tangan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri. Kami sangat menggalakkan peserta memakai kelengkapan pakaian dan kasut yang dikhaskan untuk menunggang kuda bagi memastikan hasil yang optimum dan keselesaan rider. Namun, ia adalah optional (tidak wajib). Untuk permulaan, pakaian dan kasut sukan sudah memadai.
3- Adakah saya boleh terus pandai berkuda selepas menyertai program ini?
Semua peserta akan diajar teknik menunggang kuda dalam fasa kuda walk dan trot (berlari anak). Namun ianya bergantung kepada keupayaan rider kerana fasa pembelajaran setiap orang berbeza. Di hari akhir program, peserta akan berpeluang merasai pengalaman menunggang kuda bukan terus pandai berkuda. Selepas tamat program, peserta boleh menyertai sesi belajar lanjutan secara personal bagi memantapkan skill menunggang sehingga benar-benar mahir berkuda.
4- Adakah yuran akan dipulangkan sekiranya saya membatalkan penyertaan?
Yuran pendaftaran TIDAK akan dipulangkan semula sekiranya peserta tidak dapat hadir pada sesi yang telah ditetapkan kecuali dapat mencari pengganti pada sesi tersebut. Namun peserta boleh menukar tarikh ke program seterusnya dan penukaran hanya boleh dibuat SEKALI sahaja. Sekiranya tidak dapat hadir juga, duit yuran dikira burn.
5- Boleh ke saya bayar secara ansuran?
Boleh. Untuk ansuran, peserta boleh bayar deposit rm500 atau ke atas bagi booking tempat. Baki perlu dijelaskan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum program samada secara ansuran atau bayar sekaligus boleh bincang. Duit booking TIDAK akan dipulangkan semula sekiranya peserta batal atau tarik diri, tetapi peserta boleh tukar dengan orang lain sebagai pengganti ATAU tukar tarikh ke program seterusnya. Penukaran hanya boleh dibuat SEKALI sahaja. Sekiranya tidak dapat hadir juga, duit deposit dikira burn.
6. Boleh ke saya bawa anak sepanjang tempoh program ?
Kanak-kanak tidak dibenarkan berada sepanjang tempoh program.
Sila hubungi 0192700604 (Siti Admin QP) untuk sebarang pertanyaan berkaitan program.